Friday, July 24, 2009

Awan Tidak Gelap Langit Tidak Hujan

Alangkah! Barangkali itu satu-satunya perkataan yang saya mampu ungkapkan untuk mencernakan hampir semua hal yang berlaku beberapa minggu ini.

Terlalu banyak peristiwa, terlalu sedikit masa.

Dari belakang mengundur ke depan, hal-hal baru terus-terusan menjenguk dalam hidup saya. Adakalanya ia manis sekali, menyejukkan hati. Seperti A (bukan nama sebenar), sahabat baru yang nampaknya tidak serik-serik mengejutkan saya dengan tingkah budiman dia. Makan malam, dialog lucu dan usikan dia kadangkala buat saya tersenyum-senyum sendiri. Indeed, friends do come from unlikely places.

Berlainan pula dengan B (bukan nama sebenar), anak muda berapi yang menjenguk sebentar di rumah saya minggu lalu. Berapi, itu satu kualiti yang saya hargai. Tapi berapi sahaja tidak cukup. Passion without attitude will not get us far, I believe. Sepanjang saya di sisi dia resah remuk hati saya, hati yang satu dijaga, hati yang seribu ditatang. Ia benar-benar satu pelajaran untuk diri sendiri; kenal dulu hati budi orang sebelum senang-senang mahu tawarkan bumbung berlindung.

Peristiwa C mengajar saya tentang betapa saya ini traditionalist orangnya. Saya percaya akan susun atur, fitrah, dan tingkah hormat orang tua. Barangkali saya ini memang benar Melayu habis-habisan. Tapi bila bercakap tentang perbezaan pendapat, saya benar-benar berharap tunduk, akur, dan angguk bukan satu-satunya jalan saya. The art of getting the message across,- menulis, berpidato, berpiket? Banyaknya yang saya perlu belajar.

Hal terakhir, saya rindukan kampung halaman. Ada sahabat-sahabat yang menunggu saya pulang.

No comments:

The end

After nearly ten years, ati-the-reader.blogspot.com is now concluding its final chapter. The blog has been a definitive part of my life, an...